Penggantungan Saddam Hussein
Penggantungan Saddam Hussein

Penggantungan Saddam Hussein

Penggantungan Saddam Hussein berlaku pada 30 Disember 2006 bersamaan hari Sabtu. Saddam dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas disabitkan kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan oleh Tribunal Khas Iraq untuk kesalahan pembunuhan 148 orang puak Syiah Iraq di bandar Dujail pada tahun 1982, sebagai membalas dendam terhadap cubaan membunuh beliau.[1]Pada hari 31 Disember 2006 bersamaan hari Ahad, mayat Saddam dikembalikan ke tempat kelahirannya Al-Awja, berhampiran Tikrit, dan dikebumikan berhampiran dengan perkuburan anggota keluarga yang lain.